PASTI ADA BERKAH DARI KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN

Harta dan infak yang disimpan hendaknya disedekahkan, kerana tidak akan mendapat kebaikan bagi seorang mukmin yang paling penting dan sempurna sebelum kamu menginfakkannya dengan cara yang baik, tujuan yang benar dan ihklas karena allah.
Dan semua yang telah kamu infakkan sesungguhnya Allah mengetahui segala niat dan tujuan orang tersebut, apakah dia berniat ihklas atau ingin dilihat orang-orang (Riya’), Sekiranya itu dilaksanakan hanya kerana Allah semata, dan pasti allah akan memberi ganjaran kepadanya dengan kebaikan dunia dan yang seterusnya
Salah satu kebaikan yang diajar dalam Al-Qur’an adalah untuk menginfakkan hartanya untuk orang lain, entah itu keluarga, ibu bapanya, atau para sahabatnya.
Salah satu tanda-tanda iman yang sempurna dari seorang mukmin adalah bahawa dia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya. Dan sebagai bukti bahawa dia mencintai saudaranya, dia bersedia untuk menghabiskan hartanya atau sesuatu yang dapat membantu saudaranya. menydekahkan sedikit harta yang kita cintai pasti akan lebih sulit dibandingkan dengan harta yang biasa saja. maka ganjaran yang dia terima akan menjadi lebih besar
Apabila seorang mukmin menafkahkan hartanya kepada saudaranya, pasti akan timbul rasa senang terhadap saudaranya terhadap persaudaraan antara umat Islam. sebagai manusia, kita tidak akan lepas dari bantuan orang lain, pasti setiap orang akan juga membutuhkan bantuan, salah satu amalan yang disukai allah adalah Berinfak.